Macam biasa jadi jer….

Masa

Masa semakin cemburu dengan cikgu. Kalau cikgu perasan, apa yang cikgu nak buat dalam sehari macam tidak cukup. Kerja yang ada banyak dan senarai perlu yang dilakukan juga semakin bertambah.

Penambahbaikan dan pelbagai usaha dilakukan sekarang ini dalam memastikan pengajaran dan pemudahcara dijalankan dengan lancar. Namun, sebelum pelaksanaan PdPc tersebut, banyak masa yang perlu diperuntukkan dalam merancang, mereka bentuk, membuat alat bantu dan juga penyediaan perancangan kecemasan. Bila dilaksanakan, cikgu masih lagi kena membuat post mortem, refleksi dan juga merancang tindakan susulan.

Apa yang kita mahu di saat itu ?

LEBIH BANYAK MASA

INTERAKTIF

Interaktif dan menarik perhatian semua pelajar sebenarnya memerlukan komitmen yang besar dan juga perancangan yang betul. Lagi interaktif perancangan cikgu dan lebih ramai yang cikgu ingin libatkan, lagi banyak bahan, ABM dan persediaan material lain yang cikgu perlu sediakan. Proses ini perlu dilakukan sepanjang tahun dan saya rasa cikgu bersetuju dengan saya

INTERAKTIF MEMANG KAMI PERLUKAN, TAPI IANYA MEMENATKAN

SAMA SAHAJA DAHULU DAN SEKARANG

Pada awal sistem persekolahan, berikut adalah proses yang cikgu -cikgu buat

CARI BAHAN DALAM BUKU – PILIH – SIMPAN – CETAK – PERBANYAKKAN CETAKAN – EDARKAN KEPADA PELAJAR – KUTIP KEMBALI – SEMAK – SIMPAN

Zaman awal milenium pula

CARI BAHAN DALAM BUKU / INTERNET – PILIH – SIMPAN / SCAN – CETAK – PERBANYAKKAN CETAKAN – EDARKAN KEPADA PELAJAR – KUTIP KEMBALI – SEMAK – SIMPAN

Zaman awal 2010 sehingga sekarang

CARI BAHAN DALAM INTERNET / MEDIA SOSIAL – PILIH – SIMPAN / SCAN – CETAK – PERBANYAKKAN CETAKAN – EDARKAN KEPADA PELAJAR – KUTIP KEMBALI – SEMAK – SIMPAN

Sebahagian besar cikgu di Malaysia masih lagi mengamalkan amalan ini.

Di saat ini, cikgu akan berkata

JIKA SAYA TIDAK BERUBAH, TAHUN DEPAN SAYA AKAN ULANG PERKARA YANG SAMA LAGI,

RUANG YANG ADA SEMAKIN SEMPIT

Soalan saya ialah :

Selepas semua hasil kerja pelajar dikutip kembali dan ditanda, jika tidak dikembalikan, di manakah hasil kerja dan kertas soalan tadi akan berakhir ?

Di meja cikgu ataupun di dalam bilik yang disediakan

Bilangan pelajar bertambah, bahan dan fail yang diperlukan juga semakin bertambah saban hari, bahan-bahan yang lama hendak diletakkan di mana-mana yang ada menjadikan ruang yang ada semakin sempit. Penambahan bilik dan prasarana penyimpanan menelan belanja yang besar.

Ruang yang kita ada di dalam bilik guru sepatutnya ada untuk kita berehat dan mebuat kerja yag perlu di sekolah. Namun, bila tiada ruang yang sesuai maka kerja tersebut tidak siap dan dibawa balik ke rumah. Masalah masa tadi akan berulang lagi. Semuanya keranan ruang yang ada tidak mencukupi dan semakin lama semakin sempit.

GURU JUGA MEMERLUKAN RUANG SAMA SEPERTI ORANG LAIN

Close Menu