Proses pertama perlu ada adalah KEHENDAK

kerana dengan adanya KEHENDAK, semuanya boleh jadi

Proses kedua ialah mencari ILMU teknologi pendidikan. Cikgu boleh menggunakan internet, media sosial dan juga menghadiri bengkel untuk mencari ilmu yang berkaitan.

Selepas itu, cikgu akan PILIH mana-mana teknologi yang cikgu perlukan dalam kelas. Fokuskan kepada peralatan yang sedia ada dan mahirkan diri dengannya.

TIDAK DIGALAKKAN MENAMBAH PERALATAN YANG TIDAK PERLU

Proses ketiga adalah aplikasikan DIGITAL INK dalam kelas cikgu. Cikgu boleh gunakan ONE NOTE ataupun POWER POINT 2016 sebagai DIGITAL INK dan juga sebagai INTERACTIVE WHITEBOARD.

Proses keempat ialah GAMIFICATION OF LEARNING. Dalam tahap ini, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aplikasi yang memberikan peluang mereka bermain, bersaing dan juga memantau pembelajaran orang lain.

Proses terakhir ialah PENGURUSAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN. Apabila di tahap ini, cikgu perlu memastikan bahaawa penggunaan dan juga teknologi dalam kelas adalah untuk MEMBANTU PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA, bukan sebagai OBJEKTIF.

Close Menu